July 30, 2009

Ila Masuk Hospital - (30/07/2009)

Salam,

Baru sebentar td aku dpt sms dr Ila, dia di hospital, cecair dlam perut bertambah membuatkan Ila tidak selesa utk bergerak dan sesak nafas. Ila terpaksa menjalani proses yg sama sedut cecair tersebut keluar utk mengurangkan kapasiti cecair itu didlm perot Ila. Namun dia masih menanti kehadiran doktor pakar utk meneruskan rawatan ini atau yg cara lain.

Semoga Ila selamat dgn proses seterusnya. Amin.. Ila, ngah sayang mu, semua kami sekeluarga mendoakan Ila selamat dan cepat semboh..

July 28, 2009

Tudung Perl Half Awning

Koleksi terkini Tudung Perl Half Awning, sempena Aidil Fitri yg bakal tiba,
apa lg tgk2 beli la. Tak mahal cuma RM28 sahaja. Sementara stok masih ada.

Sila berhubung pembekal anda kaw Puchong & Putrajaya. Shima ~ 013-2841914

Tudung Perl Full Awning

Koleksi terkini utk di hari lebaran.. Sungguh menawan dgn corak2 yg menarik.
Tak mahal cuma rm25 sahaja, siapa cepat dia yg dpt sbb stok mmg terhad..

Sila contact pembekal utk kaw Puchong & Putrajaya. Shima ~ 013-2841914

July 22, 2009

Pecal Ibu Mertuaku..

Pecal Ibu Mertuaku..

Kali ni aku nk kongsi resepi pecal mak mertuaku, dia bercerita yg pecal ni anak dia (suamiku) suka sgt, so aku pun belajar la nk buatnya mcm mn dgn mak mertua. Tp skrg dia dh pergi tigglkan kami buat selamanya sbb penyakit asma dia. Semoga rohnya ditempatkan bersama2 para solehah..
Ok la, resepi ni simple dan senang nak buat, cumanya kene ada la ramuan dan bahan2nya baru la jadi. Yang specialnya bhn2 sayur tu mak mertua aku petik je kat blkg umah.

Bahan2 Sayur/Ulam-ulaman
Pucuk Ubi (direbus)
Kangkung (direbus)
Kacang Panjang (direbus)
Taugeh, Timun
Tahu (goreng)
Tempe (goreng)
(Tak kisah sgt sayur2 lain asalkan sesuai)

Kuah Pecal
3 cawan kacang tanah @
10 biji bawang merah @
5 biji bawang putih @
10-20 biji cili kering @
sedikit asam jawa @
sebesar ibu jari belacan @
garam, sedikit gula
air panas/suam
minyak masak

Cara2nya:

1. Panaskan minyak dan goreng 1 persatu bhn2 yg bertanda @, tak perlu garing sangat cukup sekadar nmpak masak je.
2. Mak mertua aku tak suka guna blender so dia tumbuk je, tumbuk semua bahan2 @ td 1 persatu. Biji asam jawa tu jgn lupa buang ms menumbuk. Aku nk cepat blender je semua tu, cuma rs mcm tak kid je.. Mungkin ada rahsia disebalik mak mertua aku suruh tumbuk bahan2 tu.
3. Lepas tu gaulkan kesemua bhn td dgn air agak panas, sampai rata taruk la garam, gula sehingga sesedap mulut yg merasa sbb masing2 punya citerasa. Kalau boleh biarkan kuah tu pekat skit dan bila digaul dgn sayur nanti nampak la serinya kuah pecal tu.

mmmmm... kecur air liur bila terbayangkan pecal yg dah siap tuh.
ok, selamat mencuba.

July 20, 2009

Tudung - IfaCollection (Promosi Raya)


Ini adalah koleksi terbaru Tudung Perl semuanya pada harga RM45.00
Harga sale Rm25.00 (sementara stock masih ada)

"Assalamualaikum pada pelawat laman web ifa, sempena raya yang bakal tiba ifa berikan disc dari 20% hingga 45% untuk semua tudung yang ada, sila buat boocking dengan segra, sementara stock masih ada."

Saya pengedar kaw. Puchong @ Putrajaya juga mempunyai beberapa stok tudung ifacollections dan rebut la peluang menikmati harga diskaun hebat ini, yang pasti stok masih ada, hubungi Shima (013-2841914)

Ila..


Salam,

Kead Ila buat ms kini masih stabil dan pd hari ini 20/07/09 dia dibenarkan pulang utk berehat di rumah sementara menunggu utk pemeriksaan ct-scan pd hari Khamis - 23/07/09. Setelah mendapat result dr ct-scan nanti, doktor bleh buat keputusan utk meneruskan pembedahan atau menangguh pembedahan tersebut memandangkan kead paru2 ila masih blum kembali normal.

Sis ini juga akan terus membesar dan membuat Ila sukar utk bernafas dan bergerak. Sekiranya tanda2 sedemikian berlaku dlm ms terdekat langkah yg di ambil ialah tebuk perut utk melegakan kead Ila sementara menanti pembedahan rahim nanti.

Semoga Ila cepat sihat.... Kuatkan semangat mu wahai adikku, Ila..

July 19, 2009

Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods..

Artikel untuk parent..
Subject: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...

Cuba praktiskan kaedah ini pd anak2.. InsyaAllah..

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah.. tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,ramas- ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal.... sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek.. buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. macam..a. .b..c..d. .e, insyaAllah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu... kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar... potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....... satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi... ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.... Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai.... sebab mrk makan guna chopstik....chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab anak2 boleh simpan semuanya dalam otak kiri....... kalau termarah anak2, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh anak2 sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa....... .. kita pun bukan tak biasa merapu......

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh anak2 teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam..... bagi tau colour, bunyi, lama-lama anak2 boleh develop six sence by concentrating anak2 boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu....... ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat..... semua game yg nak buat ngan anak2 tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi.... Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yang Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan 'jangan' kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan 'jangan' kat anak-anak..... itu lah yang anak akan buat....so lepas nie kena ganti perkataan 'jangan' tu kepada perkataan lain plak... contohnya. ...Tolong senyap Abang,,, berbanding 'Jangan' bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

July 16, 2009

Bonda melawat Ila

Inilah cecair yg dr paru2 Ila, disalurkan ke beg uncang palstik

Bonda Lijah ada disisi Ila, sedang melawat Ila di hospital.

Ila sedang berbaring.. Perut Ila besar sbb 'sis' yg masih belum dikeluarkan.

Adikku - Ila (Kak Yong)

Salam,

Semalam (15/07/09) adikku, Ila telah dimasukkan ke wad perempuan krn disahkan ada ketumbuhan iaitu 'sis' disekitar kilang telur sblah kiri. Pembedahan pertama dulu telah selamat dgn membuang salah satu dr kilang telur dia di seblh kanan. Namun 'sis' ini tidak duduk diam dan merebak ke seblh kiri pula, doktor mengesahkan jalan paling selamat ialah buang rahim.

Setelah pemeriksaan yg dibuat semlm 15/07/09 utk proses membuang rahim telah menemui jalan buntu setelah didapati ada cecair yg telah meresap ke bahagian paru2 disebelah kanan. Pembedahan tidak bleh diteruskan selagi paru2 ini tidak berkeadaan normal.

Doktor telah memeriksa semula kes ini, pd hari ini 16/07/09 sekitar jam 11am td, doktor telah memasukkan satu tiub melalui perut utk menyedut keluar cecair yg ada di sekitar paru2 itu. Kead cecair itu agak cair dan bercampur darah 'lendir'. Ila juga beritahu lendir ini akan terbentuk semula dan doktor tidak bleh buang semuanya, ini krn takut ila akan pening dan kead makin bertambah teruk.

Semoga Ila, adikku selamat dan cepat sembuh. Sama2 la kita berdoa utk Ila kembali normal. Aminnnn.........
Dr semasa ke semasa ngah akan update infor tetang kead Ila.