March 26, 2010

Keadilan Allah Terhadap Hamba-Nya

Allah Maha Adil

Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Lelaki

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan- keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? ?
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangny a ALLAH pada wanita.

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang menghadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

January 1, 2010

Happy Birthday to Amir for 14th yrs..



Happy birthday to Mohd Amir Fisdaus yg ke 14thn. Semoga di tahun 2010 yg mencabar ini, amir dpt menduduki PMR. Belajar rajin2 dan tunjukkan pd mama & papa, amir boleh berjaya dgn meraih byk 'A'..
Semua persiapan utk kembali ke sekolah papa dah sediakan, amir cuma tumpukan perhatian pd pelajaran yg diajar guru selain tidak lupa berdoa pd yang Esa semoga sepanjang tahun 2010 amir dpt belajar dgn baik dan sihat tubuh badan.
Akhir dr mama, mama love u all Amir, Aiman & Amirah(Pu3). Tarikh 28hb Dec 1995, tak akan mama lupa sbb melahirkan Mohd Amir Firdaus bin Abd Aziz.

December 18, 2009

Bismillah.. Awal Muharram, 1431 H

Selamat Menyambut Awal Muharram utk semua umat Islam, semoga dgn bertambahnya usia tahun Hijrah ini, bermula la juga segala2nya dgn Bismillah..



Apa yg penting tingkatkan amalan demi amalan kerana masa semakin laju bergerak tanpa disedari kita telah melangkah ke tahun yg baru. Selagi boleh diperbaiki kekurangan yg lepas itulah yg terbaik demi meningkatkan tahap keimanan dlm diri masing2.

Cendawan..

Aktivi terkini kami, papa beli 10 botol benih cendawan dan kami letak kat bilik belakang.. Suhu bilik yg lembab dan sejuk sesuai utk cendawan ini, siram dgn spray air, tak bolah main sembor je pakai paip air.


Rasa tak lama dlm 2 3 hari dh nampak hasilnya. Cepat..


Tgk yg dlm mangkok tu 1st collection, he he dh bleh buat sup cendawan la..

Sampai tak muat mgkok kutip, pe lg buat sop la..

Kek Coklat Kukus

Hari minggu yang lapang selapang2nya sempat juga aku mengukus kek coklat kegemaran anak2 ku.. Boleh dikatakan tiap2 minggu anak2 ku minta aku belikan kek coklat ni dgn kwn sepejabat. Last skali aku berhajat buat sendiri tgk la hasilnya walau tak secantik di kedai namun rasanya tidak menghampakan, semua anak2 ku memuji dan mereka minta aku buatkan lagi bila ada masa terluang..


Punya la naik sampai ke penutup tudung periok kukus..


Dah siap tambah topping sampai meleleh ke tepi....

Dah nampak hasilnya kek kukus coklat.. nampak comot skit tp rs semua yg mkn menjilat jari..

Sarong Bantal Baby



Hari minggu, buat sarong bantal baby kwn tempah.

Hasilnya yg dpt ku pertontonkan... jd la sarong bantal baby..

December 11, 2009

Banjir Lumpur di Geliga, Kemaman.

Pada Jumaat 11/12/09, aku dan adik2 balik kg sbb nak hantar adk ku si Ain, tgk la kead banjir lumpur yg melanda kawasan rumah mak aku di kg geliga, susah kami nk jalan sbb tanah lumpur tu mmg lembik dan jgn harap la bleh pakai selipar..



Belakang rumah, tepi pagar sekolah.. semak dalam longkang, akibatnya bila hujan air dr longkang melimpah sampai ke kawasan dapur rumah mak aku dgn selut, lumpur semua datang..


Tengok la tanah lumpur tu masih basah dan lembut mmg susah nk lalu kalau tak de titian tu. Jauh kene parking kereta.

November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA - 2009



Semperna Hari Raya Haji yg masih diraikan oleh semua umat Islam terutama sekali pd mereka yg masih di tanah suci Mekah, semoga di limpah rahmat sihat tubuh badan utk melaksanakan ibadah haji.
Tak lupa juga utk family k.ngah yg berada di kg Geliga ketika ini, sorry la tak pulang sbb mmg dah jd tadisi Hari Raya Haji k.ngah sambut kat umah sendiri dgn hubby serta anak2 tersayang..
Sempat juga ngah sediakan juadah yg tak seberapa di pagi hari raya haji..

Nasi ujan panas tp warna hijau dh tak elok bersama gulai ayam & acar timun.. Boleh la ubat hati rindukan lontong bonda kat kg, cari bahan nk buat lontong tp semuanya tak cukup..

November 25, 2009

Hargai Isteri anda..

Semperna Ulangtahun perkahwinanku yg k-15thn pd 25 Nov 2009, aku mengambil peluang yang ada utk mengisi ruangan blog cima dengan memberi laluan pd tip arkitel ini yg aku anggap berguna dan bleh diberi perhatian.
Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan.
APABILA isteri bahagia dengan apa yang dilakukan, maka perasaan mereka akan tenang dan gembira.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MUNGKIN kita biasa mendengar isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan untuk memastikan kelancaran rumah tangga. Mengapa isteri mengungkit? Dalam hal ini, tidak hairan jika sesetengah isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan jika suaminya langsung dan buat-buat tidak nampak pengorbanan yang dilakukan isteri. Lebih malang lagi, isteri sudah banyak berkorban sejak mula bercinta sehingga mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak yang banyak, tetapi si suami masih tidak tahu menghargai, sebaliknya asyik menyalahkan isteri dengan menuduh isteri tidak pandai mengurus rumah tangga. Justeru suami harus tahu di manakah punca dan bagaimana untuk mengelak isteri daripada mengungkit dalam keadaan marah. Berikut beberapa tip untuk menghargai isteri.
1. Isteri bukan pembantu rumah
Ramai suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam, tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.
Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin wajib taat kepada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan mereka akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan itulah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
2. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.
Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Jika bajet anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.
Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini.'
3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
4. Ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.
Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira.
5. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Apa kata anda terbalikkan situasi itu.
Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis itu.
6. Ciuman khas
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja.
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.
7. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.
Bagaimanapun, jika anda tidak dapat memenuhi hajat isteri dalam masa terdekat, simpanlah hajat itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.
8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian itu penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.
9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat, tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumah tangga dan masa depan.

November 22, 2009

Annual Concert & Graduation 2009 - 15th Nov 2009, PU3



Hari konsert & penyampaian sijil tahunan 2009 taska T S Indah Puchong, dan jugak hari terakhir buat cikgu su sbb dia dh nk jd isteri org pd hari raya hj k2 yg bakal menjelang x lama lg, Taniah buat cikgu su.



Opps... lupa jom tgk pu3 menari...

September 20, 2009

BERHARI RAYA DI KG. GELIGA, KMN-TRG




SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DR KAMI SEKELUARGA DI GELIGA, KEMAMAN.