Semalam (15/07/09) adikku, Ila telah dimasukkan ke wad perempuan krn disahkan ada ketumbuhan iaitu 'sis' disekitar kilang telur sblah kiri. Pembedahan pertama dulu telah selamat dgn membuang salah satu dr kilang telur dia di seblh kanan. Namun 'sis' ini tidak duduk diam dan merebak ke seblh kiri pula, doktor mengesahkan jalan paling selamat ialah buang rahim.
Setelah pemeriksaan yg dibuat semlm 15/07/09 utk proses membuang rahim telah menemui jalan buntu setelah didapati ada cecair yg telah meresap ke bahagian paru2 disebelah kanan. Pembedahan tidak bleh diteruskan selagi paru2 ini tidak berkeadaan normal.
Doktor telah memeriksa semula kes ini, pd hari ini 16/07/09 sekitar jam 11am td, doktor telah memasukkan satu tiub melalui perut utk menyedut keluar cecair yg ada di sekitar paru2 itu. Kead cecair itu agak cair dan bercampur darah 'lendir'. Ila juga beritahu lendir ini akan terbentuk semula dan doktor tidak bleh buang semuanya, ini krn takut ila akan pening dan kead makin bertambah teruk.
Semoga Ila, adikku selamat dan cepat sembuh. Sama2 la kita berdoa utk Ila kembali normal. Aminnnn.........
Dr semasa ke semasa ngah akan update infor tetang kead Ila.




0 comments:
Post a Comment